Kemaskini terakhir: 2 Ogos 2009
Tarikh hari ini: 8 Sep 2010

Pencapaian Skuad BAT dalam kejohanan kalah mati seperti Piala ANSARA dan Piala Alumni agak kurang menyerlah ketika tahap awal penyertaan. Sebagai contoh, Skuad BAT tidak pernah melepasi pusingan kedua Piala ANSARA walaupun sudah 5 tahun menyertainya. Namun kemajuan mula diperolehi di dalam Piala Alumni apabila Skuad BAT telah berjaya mara ke separuh akhir buat dua tahun berturut-turut (2006 dan 2007). 7 Februari 2009 melakar sejarah apabila Skuad BAT buat julung kalinya menjadi Johan Piala ANSARA 2008 setelah menewaskan ANSARA PDRM dengan jaringan 2-0 di Stadium Petronas, Bangi. Skuad BAT mengambil peluang untuk menjadi juara apabila Piala ANSARA ke-15 ini hanya menampilkan penyertaan pasukan-pasukan ANSARA sahaja.

Piala Salam ANSARA ialah kejohanan pra-musim yang menemukan pasukan-pasukan ANSARA dengan pasukan baru Liga Alumni. Skuad BAT berjaya menjadi Naib Juara pada tahun 2003 tetapi hanya memperolehi tempat ketiga pada tahun 2004. Nasib Skuad BAT agak kurang menyerlah di dalam kejohanan Piala Salam Alumni apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Piala ANSARA

Piala Salam ANSARA

Piala-piala Liga Alumni

Ditulis oleh Abe pada 21 August 2008