Kemaskini terakhir: 2 Ogos 2009
Tarikh hari ini: 8 Sep 2010

Skuad BAT mempunyai sejarah yang cemerlang di dalam kejohanan-kejohanan futsal yang disertai. Detik-detik kecemerlangan mula kelihatan apabila skuad telah berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Futsal 2005 bertemu HSKOBA walaupun ianya merupakan penyertaan pertama skuad. Kekalahan 2-4 di dalam perlawanan akhir ternyata memarakkan semangat pemain-pemain skuad untuk menebus kekalahan tersebut.

Pada masa yang sama skuad telah menyertai kejohanan Futsal Terbuka Bangi 2005 namun kedua-dua pasukan tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. 

Kejayaan skuad yang pertama dikecapi apabila skuad menjuarai Kejohanan Futsal Srikandi 2006 dengan mengalahkan MCOBA di perlawanan akhir.

Pada masa yang sama Liga Futsal telah ditangguhkan sehingga musim 2008 dan kali ini skuad lebih bersedia dan hasilnya berjaya menjadi Johan Liga Futsal 2008 dengan mengalahkan STAROBA.

Johan Srikandi Futsal 2006


Skuad BAT Futsal 2006


Skuad BAT Futsal 2005


Skuad BAT Futsal 2005

Ditulis oleh Abe pada 21 August 2008